Saturday, May 17, 2008

Mengatur Langkah

Sudah lama tak mengarut dalam blog ni. Maklumlah dihimpit kesibukan yang tidak kunjung padam. Sudah lama juga tidak mengarang dalam Bahasa Melayu. Terasa rindu pula untuk bermain bahasa.

Ungkapan "Man's life begins at 40" sudah acapkali kita dengari. Tapi persoalan yang timbul di kotak mindaku ialah kenapa 40 tahun. Apakah itu tidak terlalu lambat? Apakah yang dimaksudkan dengan 'life' di sini. Adakah ianya membawa erti bahawa pada umur 40 tahun seseorang lelaki itu sudah sepatutnya meniti suatu titian hidup yang stabil dalam erti kata dari segi kewangan, status sosial, mental, emosi, hubungan kemanusiaan dan kebijaksanaan?

Buat diriku secara peribadi, i set my `life' to begin at 30.. Ini membawa erti, pada ketika umurku 30 tahun, aku sudah berupaya menikmati suatu taraf kehidupan yang dinikmati oleh mereka yang secara umumnya berumur 40 tahun. Tapi apakah piawaian yang diguna ukur untuk menetapkan ciri-ciri kehidupan yang stabil yang perlu dicapai oleh khalayak yang meniti umur 40 tahun adalah sesuatu yang perlu dianalisa secara lebih menyeluruh dan khusus.
Erti pencapaian hidup bagi seseorang insan adalah suatu yang subjektif dan topik yang sangat luas untuk dibincangkan.

Hanya tinggal lebih kurang 2 tahun sahaja lagi sebelum umurku mencecah genap 30 tahun. 2 tahun bukanlah satu tempoh masa yang lama. Sudah tiba masanya yang kritikal bagiku untuk mengorak ayunan langkah yang lebih panjang dan pantas. Kaut sebanyak mungkin pengalaman yang mampu ditimba. Asah setajam mungkin daya memikir yang disegarkan dengan kematangan berhujah dalam menyatakan pendapat. Kesabaran, berhemah dan berprinsip. Inilah antara kualiti-kualiti yang seharusnya digilap dan diserlahkan bagi menzahirkan impianku. Impian My life begins at 30...

Salam mesra. Hingga berjumpa lagi di lain edisi.

以上です。

Labels: , ,

0 Comments:

Post a Comment

<< Home