10 panduan untuk melabur di pasaran saham
ANDA ingin melabur di pasaran saham tetapi tidak tahu caranya? Di sini diberikan panduan ringkas.
Langkah 1:
Lakukan ‘ujian kewangan kendiri. Analisis objektif kewangan, kekangan (halangan) dan ketahanan terhadap risiko. Tanya diri sendiri sama ada anda sudah bersedia dari segi kewangan untuk melabur di pasaran saham? Jangan sekali-kali meminjam untuk melabur di pasaran saham kerana sentiasa turun naik, anda boleh kehilangan wang yang dipinjam.
Langkah 2:
Syarikat broker saham anda dan wakil peniaganya (remisier) mesti dilesenkan Suruhanjaya Sekuriti (SC). Untuk semakan, layari lawan web SC di www.sc.com.my atau hubungi 03-6204 8000 (Jabatan Pelesenan).
Langkah 3:
Bagi membolehkan anda melabur di pasaran saham, anda perlu membuka akaun CDS (Sistem Depositori Pusat) dan akaun dagangan di syarikat broker saham anda. Akaun ini adalah untuk kegunaan eksklusif anda. Jangan benarkan sesiapa, termasuk wakil peniaga anda menggunakannya untuk urus niaga mereka sendiri.
Langkah 4:
Ketahui produk yang diurusniagakan di Bursa Malaysia. Buat penyelidikan dan dapatkan maklumat secukupnya dari segi ganjaran dan risiko serta cara melabur dalam produk terbabit daripada wakil peniaga anda. Anda boleh melawat laman web Bursa Malaysia di www.bursamalaysia.com atau laman web Pelabur Malaysia di www.min.com.my untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk pelaburan yang ditawarkan.
Langkah 5:
Pelajari prosedur urus niaga. Gagal memahami sepenuhnya mengenai prosedur urus niaga boleh mengakibatkan kerugian yang disebabkan kesilapan teknik. Minta wakil anda menjelaskan kepada anda.
Langkah 6:
Ketahui mengenai syarikat yang ingin anda melabur. Sebelum melabur, buat penyelidikan terhadap syarikat yang anda bercadang untuk membeli sahamnya. Kenali syarikat itu dengan membaca prospektus, laporan tahunan dan artikel dalam akhbar. Keputusan pelaburan anda mestilah berdasarkan maklumat. Elakkan khabar angin (tips).
Langkah 7:
Berikan arahan yang jelas. Arahan anda kepada wakil peniaga mestilah jelas. ‘Fifteen’ (15) lot dan Fifty” (50) lot bunyinya mungkin sama di telefon. Berhati-hati kerana di pasaran saham, komunikasi yang tidak betul boleh menyebabkan anda mengalami kerugian yang banyak.
Langkah 8:
Semak nota kontrak anda. Selepas anda berurus niaga, semak dengan teliti setiap nota kontrak sebaik saja anda menerimanya. Jika terdapat sebarang kesilapan, hubungi syarikat broker saham anda dengan segera untuk membuat pembetulan.
Langkah 9:
Pantau pelaburan anda. Jangan biarkan pelaburan anda tanpa dipantau. Perkara yang anda tidak ambil peduli itu mungkin nanti boleh menyusahkan anda.
Langkah 10:
Penuhi tanggungjawab dan laksanakan hak anda! Sebagai pelabur, anda mempunyai tanggungjawab untuk dipenuhi dan hak untuk dilaksanakan. Tanggungjawab yang dimaksudkan ialah sebagai pemegang saham sesebuah syarikat. Jangan mengabaikannya. Pelajari lebih lanjut mengenai tanggungjawab dan hak anda dengan melayari laman web Pelabur Malaysia secara percuma di www.min.com.my.
Jika pembaca mempunyai sebarang persoalan mengenai pelaburan (saham atau amanah saham), sila ajukan ke sidc@sidc.com.my atau layari laman web Pelabur Malaysia di www.min.com.my.
SIDC sebelum ini adalah cabang latihan dan pembangunan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia yang dikenali sebagai Pusat Perkembangan Industri Sekuriti.
Sumber daripada: Berita Harian
Besto Regardo,
To me the best and fastest way to learn is to get a good mentor who has proven track record in the said field.
以上です。
Labels: Wealth and Money
0 Comments:
Post a Comment
<< Home