Sunday, August 05, 2007

Mengimbau kembali perkembangan Islam di Jepun

Disunting daripada rencana yang ditulis oleh DATUK MAZLAN NORDIN

DALAM simpanan tukang catat ini sejak beberapa tahun lalu ialah sebuah al-Quran yang dicetak di negara Jepun. Pada sebelah kanan setiap muka ialah ayat-ayat suci dan pada sebelah kiri terjemahan dan penjelasan dalam bahasa Jepun.

Kitab suci itu dicari semula dari rak buku setelah membaca berita berulang mengenai orang-orang Islam di Korea Selatan berdoa supaya kira-kira 20 orang awam Korea yang ditawan oleh askar Taliban di Afghanistan tidak diapa-apakan.

Kerana, orang-orang Islam bangsa Jepun dan Korea berupa golongan minoriti di negeri masing-masing. Keterangan mengenai mereka yang diperoleh dari Wikipedia, ensiklopedia bebas mungkin berguna bagi kita.

Pertama mengenai Islam di negara Jepun. Hubungan pertama dengan orang Islam ialah dengan orang-orang Melayu yang bekerja sebagai kelasi kapal-kapal British dan Belanda lewat abad-19. Sebelum itu, lewat 1870, buku riwayat hidup Nabi Muhammad telah diterjemah ke bahasa Jepun. Dengan itu, agama Islam dianggap mengambil tempat dalam imaginasi intelek bangsa Jepun.

Satu lagi yang dianggap pertemuan penting ialah pada tahun 1890 manakala Turki pemerintahan Uthmaniah mengirim sebuah kapal ke Jepun sebagai membalas secara hormat lawatan seorang putera diraja Jepun ke Istanbul beberapa tahun sebelum itu.

Orang Islam Jepun yang pertama menunaikan fardu haji ialah Kotaro Yamaoka yang memeluk agama Islam pada tahun 1909 dan mengambil nama Omar Yamaoka manakala pergi ke Mekah.Hmm..tidak menghairankan sekiranya orang Jepun selalu tersalah faham bahawa budaya orang Arab itulah Islam.Kalau hendak menjadi Muslim perlu menjadi seperti orang Arab.Inilah yang perlu diterangkan secara jelas kepada mereka bahawa Islam itu bersifat sejagat..'universal'

Seorang lagi bernama Bunpaciro Ariga yang berniaga ke India dan memeluk agama Islam setelah berkenalan dengan orang-orang India Islam. Beliau kemudian mengambil nama Ahmad Ariga.

Pelarian Islam

Masyarakat Islam muncul di negara Jepun dengan ketibaan ratusan orang Turkoman, Uzbek, Tajik, Kirghiz, Kazakh dan lain-lain pelarian Islam dari Asia Tengah dan Rusia, iaitu akibat revolusi komunis. Mereka diberi perlindungan oleh Jepun dan selanjutnya bermastautin di beberapa buah bandar.
The opening of the Tokyo Mosque, May 12, 1938. Present are Abdürreid Ibrahim, in the center; seated next to him is Admiral Ogasawara Chsei. Reproduced with kind permission of Müge Isker Özbalkan, great-granddaughter of Ibrahim.
Dengan lahirnya masyarakat kecil Islam itu, beberapa buah masjid dibina. Yang utama sekali ialah Masjid Kobe pada tahun 1935 dan Masjid Tokyo pada tahun 1938 (diperbaharui pada tahun 1990-an).

Dalam masa Perang Dunia Kedua pula, makluman mengenai agama Islam tersebar luas di negara Jepun dan di kalangan pusat-pusat penyelidikan mengenai Islam dan dunia Islam. Lebih 100 buah buku dan majalah mengenai Islam terbit di negara Jepun.

Sebenarnya terbitan-terbitan itu bukan untuk memperkenalkan Islam, tetapi untuk membolehkan pihak tentera lebih mengetahui mengenai Islam dan orang Islam. Ini kerana wujudnya masyarakat Islam yang ramai di China dan Asia Tenggara yang ditakluki oleh tentera Jepun.

Pada tahun 1970-an, pelbagai maklumat mengenai Islam tersebar, iaitu selepas “krisis minyak tahun 1973.” Dengan itu ramai orang Jepun mendapat kesempatan melihat gambar-gambar orang Islam menunaikan fardu haji di Mekah dan mendengar bacaan-bacaan ayat suci al-Quran serta suara bilal melaungkan azan.
Sebilangan orang Jepun kemudian memeluk agama Islam ketika itu dan kemudiannya ‘puluhan ribu’.
Aktivis Muslimah di Jepun

Hingga baru-baru ini, masyarakat Islam paling ramai di negara Jepun ialah orang Turki. Lalu disebut bahawa sebelum meletusnya perang, orang Jepun bersimpati dengan warga Islam di Asia Tengah yang antikomunis.
Sebilangan lagi masuk Islam setelah berkenalan dan berdampingan dengan mereka manakala tamat perang.
Sebilangan pemandu pesawat-pesawat angkatan udara Jepun dilatih mengucap dua kalimah syahadat jika ditembak jatuh dan ditawan oleh orang-orang kampung.
Menurut yang empunya cerita, beberapa orang yang berbuat demikian terkejut melihat orang-orang kampung berubah sikap mereka.


Jelas bahawa serangan Jepun di China dan negara-negara Asia Tenggara merapatkan hubungan dengan orang-orang Islam. Mereka yang masuk Islam menubuhkan, pada tahun 1953, organisasi Islam yang pertama di bawah pimpinan seorang bernama Sidiq Imaizumi. Bilangan ahli seramai 65 orang Islam bertambah dua kali ganda beberapa tahun kemudiannya.

Bilangan sebenar orang Islam di Jepun tidak begitu jelas kerana kerajaan Jepun tidak bertanya mengenai agama dalam borang-borang banci dan lain-lain dokumen rasmi. Bilangan mereka ditaksirkan kira-kira 70,000 orang, iaitu 90 peratus warga asing dan 10 peratus Jepun.

Sukar untuk menemui buku-buku berkaitan Islam di kedai-kedai buku Jepun

Terjemahan al-Quran dalam bahasa Jepun belum diedarkan secara meluas. Pelbagai tulisan mengenai Islam tidak jual di toko-toko buku atau diperoleh di perpustakaan awam.

Demikian serba sedikit mengenai Islam di negara Jepun.

Besto Regardo,

Islam is universal.Being a Muslim doesn't mean you have to dress,eat and live like Arabs.This is what many of us and moreover non-Muslims' misinterpretation pertaining Islam itself.

以上です。

Labels: ,

0 Comments:

Post a Comment

<< Home