Sunday, February 03, 2008

Ajal jodoh di tangan tuhan ?

Ya, itulah yang bisa diperkatakan oleh sebilangan besar ummat di sebelah kepulauan nusantara khasnya. Ungkapan ini juga tidak dinafikan dijadikan sebagai perisai yang mujarab acapkali aku diserang dengan soalan cepu emas (Cepu emas ? Kenapa ya ?), yang secara asasnya bererti " Bila pula kau nak kahwin ?".

Lalu aku dengan selambanya akan menjawab, " Hai, kalau sudah ada jodoh sekarang pon bisa aku kahwin. Tapi ajal dan jodoh itu kan urusan tuhan." Hehe..poyo tak jawapan yang semacam tu. Sudah menjadi fitrah bagi insan yang normal untuk mempunyai teman - bukan yang biasa tapi yang istimewa melebihi segalanya yang lain.

Apabila sudah sampai ke satu peringkat kehidupan, kita akan merasakan bahawa hidup ini kurang bererti, kurang enak, dan pudar keceriaannya. Kita mula merasakan bahawa kita juga inginkan teman yang istimewa seperti juga orang lain. Agaknya inilah juga perasaan yang menyelebungi Adam a.s sebelum dianugerahkan Hawa kepadanya. Maka apabila dipertemukan jodoh oleh Yang Maha Pencipta, maka terungkaplah kata azimat percintaan. Seperti apa yang tercetus antara Uda dan Dara, Romeo dan Juliet, Antony dan Cleopatra serta Awie dan Erra di dalam cerita Sembilu.

Aku tidaklah begitu terdesak (Cheii kononnyelah) tetapi aku juga tidak menafikan akan kepentingan berteman. Dulu aku tidak begitu meyakini akan hakikat "Ajal jodoh di tangan tuhan". Dulu, aku berpendapat jodoh itu ditentukan oleh manusia. Bukan aku seorang tapi ramai juga yang berfikiran bahawa jodoh perlu dicari dan diusahakan. Kalau tidak, ngak ketemu sampai ke tua. Hehe memang mudah ya untuk melempar kata-kata bermodalkan air liur, hakikatnya hingga ke lubang cacing tapi belum ku ketemu. Mungkin perlu terus mencari kerana jodoh itu bukannya tiada tapi cuma belum berjumpa. Tetapi apa pun bagi aku yang pasti, perihal mendapatkan jodoh bukanlah sesuatu yang mudah seperti memakan kacang menglembu. Ada pula yang berpendapat, jodoh tidak perlu dicari kerana ia akan datang dengan sendiri. Dan aku sekarang lebih enak dengan pendapat yang kedua ini. Ya, bagi aku, kalau bukan jodohnya untuk kita, ada saja yang susah dan terhalang, ada sahaja yang tidak kena, tapi kalau sudah jodohnya, segalanya akan mudah terjadi dan terjalin. Hati kedua-duanya dengan cepat mudah menerima. Kata orang, ada Chemistry gitu. Dan itulah yang semoleknya dan paling ideal.

Begitu juga dengan ajal. Suatu perkara yang agak rumit untuk dirungkaikan oleh pemikiran bathil manusia. Ramai orang yang takut dan cemuh apabila diperkatakan tentang ajal tetapi ada juga yang suka dan gembira apabila mendengarnya. Yang takut dan cemuh berfikiran bahawa ajal kematian itu suatu yang gelap, menyakitkan, sunyi, tidak ada hala tuju dan kosong - null. Tetapi bagi yang gembira, mereka berfikiran bahawa ajal itu merupakan suatu proses transit dari satu dunia yang penuh kepincangan, kepalsuan dan fitnah, ke suatu alam baru yang kekal abadi selamanya. Ke suatu dunia baru yang penuh cahaya kebenaran, nikmat dan bererti serta titik noktah destinasi perjalanan hidup iaitu bersua dengan tuhan rabbul alamin Yang Maha Agung. Apakah ini suatu yang pasti ? Bagaimana aku tahu sedangkan diriku sendiri bukannya pernah merasai ajal dan alam selepasnya itu ? Ya memang benar aku tidak menempuhinya, dan memang benar tidak ada sebarang cendekiawan, ahli saintis, ahli teologi, ahli sihir mahu pun seorang manusia pon yang mampu membuktinya secara zahiriah. Namun hati ku masih tetap berpegang dan yakin bahawa di sana ada dunia yang baru selepas kematian. Aku yakin kerana aku adalah orang yang mempunyai keyakinan - I'm a man of faith.

Tetapi tidak dinafikan bahawa apabila orang yang tersayang pergi meninggalkan kita selama-lamanya menjemput seruan ilahi, rasa sedih dan sebak akan menusuk jauh ke dalam jiwa. Sedangkan Rasul Muhammad S.A.W bersedih yang teramat sangat apabila ditinggalkan Khadijah, isteri kesayangan, dan Abu Thalib, bapa saudara kesayangannya, apatah lagi kita insan biasa.

Disebalik itu, jangan pula kerana ingin menuju ke alam kekal abadi, kita mengabaikan langsung kehidupan duniawi kita dan mengambil tindakan bodoh seperti membunuh diri sebagaimana yang diamalkan oleh beberapa kultus dan ajaran sesat sebelum ini, kononnya sebagai tiket ekspres untuk lari dari kebobrokan dunia menuju ke 'syurga'. Sebabnya, bukankah telah dikhabarkan kepada kita, bahawa faktor yang akan menentukan kebahagian atau kesengsaraan kita di alam seterusnya ialah amalam-amalan kita di dunia kehidupan kita ini sekarang.

Beberapa masa kebelakangan ini, kita dikejutkan dengan beberapa siri kematian di kalangan orang-orang terkenal. Benazir Bhutto, Suharto, Ishak Baharom - bekas mufti Selangor dan juga Lolok, penulis lirik yang berkarisma. Semuanya pergi meninggalkan dunia yang fana ini selama-lamanya. Walaupon mereka mati dengan cara dan sebab musabab yang berbeza, tetapi hala tuju dan destinasi mereka adalah sama - ke alam barzakh. Semoga roh mereka dicucuri rahmat Tuhan Yang Menghidupkan dan Mematikan. Amin.

Dan akhir kata dari aku, "Kahwinlah kamu sebelum kamu dikahwinkan"...ngehehe uhuk huk. Yes, abang aku sudah nak kahwin, aku harapkan semuanya baik dan selamat hendaknya. Barulah line clear lepas ini. Bukan untuk aku, tetapi untuk adik-adik aku lah pulak. Aku?...Haa aku tunggu Nagasawa Masami, Sawajiri Erika, Takeuchi Yuko dengan hmmm...siapa ya seorang lagi ? Kena cukupkan kasi empat, barulah power

以上です。

Labels: , ,

4 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Salam,

Jodoh-pertemuan, ajal-maut semua di tangan Tuhan.

Tapi bab 'buah hati' ni lelaki kenalah usaha lebih sikit baru boleh dapat yang berkenan di hati. Buah tidak akan dtg bergolek.
Kalau kena reject sekali-dua tu jgn terus give-up, insyaallah kali ketiga-empat tentu dapat.

-Faruha-

5:52 pm  
Blogger Anuar Fariz Shuaid said...

Dear Faruha,
Terima atas kata-kata nasihat yang menyejukkan jiwa. Yelah orang berpengalaman la kata kan.ファルハちゃんはすてき。。
Yossha, wakatta..gambarudeei..
俺には金がないけど、愛があるんだもん;-)

7:23 pm  
Anonymous Anonymous said...

Salam kenal.
横浜のK.Haniです。はじめまして ^o^/
ファルハさんの所から飛んできました。よろしくです。

そうですね。。。。努力なしではいい結果だ生まれません。頑張って探してください(笑)
あっ。。。でも日本では重婚は認められませんので4人はまず無理ですネェ。。。。

8:32 pm  
Blogger Anuar Fariz Shuaid said...

Dear K.Hani,
Salam kenal..hehe walaupon terasa macam dah lama kenal dgn K.Hani ni.
あなたが言う通りだと思います。動力しないと実現出来ないし何も生まれません。夢は夢のまま。。
はい、分かりました。それじゃ、今から探しますよん。。あっ。。そうだ、大丈夫だと思うけどな、あの4人ともマレーシアに連れて帰って、それから。。。うふふ。でもK.Hani&ファルハさんみたいな女性は凄く憧れています。
ほんまに素敵なお母さん。。いやそれよりも素敵な人生の相手です。

9:27 pm  

Post a Comment

<< Home