Saturday, October 20, 2007

RM1.111 trillion aset jutawan Singapura


Kira-kira 67,000 jutawan di Singapura memiliki aset kewangan yang dianggarkan bernilai AS$323.7 bilion (RM1,111 bilion) tahun lalu, peningkatan sebanyak 24.5 peratus daripada 2005.
Jutawan di Singapura dilaporkan mewakili 2.6 peratus daripada bilangan keseluruhan jutawan di Asia-Pasifik tetapi jumlah harta yang dimiliki mereka mewakili empat peratus daripada keseluruhan nilai harta jutawan di rantau itu, kata Laporan Kekayaan Asia-Pasifik Merrill Lynch dan Capgemini.
Jumlah harta yang dijana jutawan lebih tinggi kerana didorong oleh bilangan ultra jutawan yang tinggi di Singapura.

Daripada 67,000 jutawan yang memiliki sekurang-kurangnya AS$1 juta atau RM3.44 juta (tidak termasuk rumah kediaman dan barangan pengguna), seramai 928 daripada mereka adalah ultra jutawan yang memiliki aset kewangan lebih AS$30 juta (RM103 juta).

Analisis demografik jutawan berkenaan juga menunjukkan majoriti jutawan di Singapura berumur antara 41 dengan 55 tahun.
Jutawan di Singapura memiliki purata harta $4.9 juta (RM11.24 juta) - lebih tinggi daripada purata $3.3 juta (RM7.57 juta) di rantau Asia Pasifik.
Bilangan jutawan di Singapura meningkat 21.1 peratus mencecah 67,000 tahun lalu, daripada 55,000 pada 2005, pertumbuhan paling tinggi di rantau Asia Pasifik.

Besto Regardo,
67,000 jutawan di Singapura!! Fuh, agaknya berapa ramai pula di antara rakyat Malaysia yang layak bergelar jutawan. Ingat, standardnya bukan minimum RM 1 juta tapi AS$1 juta dan ini tidak termasuk nilai rumah kediaman dan barang pengguna seperti kereta mewah sebagainya!

以上です。

Labels: , ,

0 Comments:

Post a Comment

<< Home