Wednesday, December 19, 2007

ASB: Agihan pendapatan 8 sen


AMANAH Saham Nasional Bhd (ASNB) mengumumkan agihan pendapatan lapan sen seunit dan bonus satu sen seunit untuk Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2007.

Jumlah pengagihan pendapatan dan bonus itu merupakan peningkatan sebanyak 0.45 sen seunit berbanding 8.55 sen seunit tahun lalu.Tahun lalu, ASNB yang juga anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB), memberikan agihan pendapatan sebanyak 7.30 sen dan bonus 1.25 sen.

Pembayaran berkenaan akan memberi faedah kepada 6.35 juta pemegang unit yang kini memiliki 55.22 bilion unit ASB.
Pembayaran pulangan kepada pemegang unit ASB itu membabitkan peruntukan berjumlah RM4.29 bilion, peningkatan RM798 juta atau 22.85 peratus bagi pengagihan pendapatan berbanding RM3.49 bilion yang dibayar tahun lalu.

Bagi pembayaran bonus pula, ASNB memperuntukkan RM354.47 juta.

Pembayaran pengagihan pendapatan dan bonus akan dikredit secara automatik dalam buku pelaburan (ASB) para pelabur.

Pengiraan pengagihan pendapatan ASB dibuat berdasarkan purata baki pegangan minimum bulanan bagi tempoh pelaburan sepanjang tahun kewangan 2007.
Pengiraan bonus pula, berdasarkan purata baki pegangan minimum bulanan untuk 10 tahun bagi tempoh 1998 hingga 2007.

Bagi tujuan pengiraan pengagihan pendapatan dan bonus, semua urus niaga unit ASB ditangguhkan mulai 21 Disember ini hingga 1 Januari 2008.

Pemegang unit boleh mengemas kini buku pelaburan masing-masing di ibu pejabat ASNB, pejabat ASNB atau ejen ASNB di seluruh negara mulai 2 Januari depan.

Hingga 13 Disember lalu, dana ekuiti pendapatan itu memperoleh pendapatan kasar RM5.13 bilion, meningkat 29.19 peratus atau RM1.16 bilion daripada RM3.971 bilion dalam tahun kewangan 2006.
Pendapatan dividen daripada syarikat pelaburan menyumbang RM2.81 bilion atau 54.8 peratus kepada jumlah pendapatan kasar itu.

Besto Regardo,
Hmm..tidak begitu memberangsangkan. I expect them to pay at around 10~11 % for the dividend. Well nevertheless, it's no doubt that ASB unit trust scheme is still among the easiest and viable investment option you can get so far in Malaysia. So how much your monies had been bred dude? It's counting time...heh

以上です。

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

<< Home