Kenali Taikun Automotif
Industri automotif tempatan pernah melahirkan ramai taikun automotif seperti Allahyarham Tan Sri SM Nasimuddin S.M. Amin yang mengasas Kumpulan Naza, Allahyarham Tan Sri Yahya Ahmad yang membangunkan Kumpulan DRB-HICOM dan mendiang Tan Sri Loh Boon Siew yang digelar 'Mr. Honda'.
Di sebalik kejayaan-kejayaan yang diuaruarkan tentang taikun-taikun automotif tempatan itu, sebenarnya masih banyak yang harus dilakukan oleh negara ini agar industri automotif negara berkembang sehingga mampu menembusi pasaran global.
Lihat sahaja bagaimana taikun-taikun automotif antarabangsa seperti Henry Ford dari Amerika Syarikat, Chung Ju Yung dari Korea Selatan, Kiichiro Toyoda dan Soichiro Honda dari Jepun, Gottlieb Daimler yang mencetuskan jenama kereta mewah Mercedes dan Karl Friedrich Rapp, pengasas BMW membina empayar.
Bagi motosikal pula, William S. Harley dan Arthur Davidson dari Milwaukee berusaha membina jenama kenderaan dua tayar berkuasa tinggi itu sehingga digeruni semua termasuk gergasi motosikal dari negara Asia terutama Jepun.
Henry Ford yang hidup selama 84 tahun sejak dilahirkan pada 30 Julai 1863 'melarikan diri' dari kehidupan sebagai petani seawal usia 16 tahun untuk menjadi tukang mesin.
Selepas beberapa tahun, Ford menubuhkan Ford Motor Company dan memulakan pemasangan kenderaan secara besar-besaran sehingga menjadikan beliau antara orang terkaya di dunia dan dianugerahkan 161 paten AS.
Ford yang percaya prinsip kepenggunaan sebagai kunci kedamaian dalam mencapai kejayaan mengabaikan akauntan dalam menjalankan perniagaan, sebaliknya menggunakan proses inovasi dalam mencapai pengurangan kos termasuk memperkenalkan sistem francais di seluruh dunia.
Selepas kematiannya, Ford meninggalkan harta-hartanya kepada Yayasan Ford namun meletakkan adikberadik serta anak-anaknya menguasai perniagaan itu. Taikun dari Korea Selatan, Chung Ju Yung, 83 yang mengasaskan konglomerat Hyundai pula bersama-sama adiknya sehingga menjadikan syarikat itu sebagai konglomerat multinasional terbesar atau chaebol asalnya adalah anak seorang petani yang menjana kewangan menerusi pelbagai pekerjaan.
Mendiang pernah menjalankan pelbagai kerja antaranya menggali tanah, menghantar 1001 lembu ke Korea Utara dan membangunkan kereta pertama keluaran Korea, PONY sebagai model pertama buatan Hyundai.
Pengeluar kenderaan terbesar dunia, Toyota Motor Corporation pula diasaskan oleh Kiichiro Toyoda, yang menyambung kerja-kerja ayahnya yang mencipta enjin jenis A pada tahun 1934 dan mengeluarkan kereta penumpang pertama yang diberi nama Toyota AA tahun 1936.
Toyota yang mempunyai 522 anak syarikat turut memiliki dan menguruskan perniagaan kenderaan jenama Lexus dan Scion selain mempunyai kepentingan dalam Daihatsu Motors dan Fuji Heavy Industries, Isuzu Motors dan Yamaha Motors.
Pengasas kereta Honda, Soichiro Honda yang hidup selama 85 tahun dilahirkan di Hamamatsu, Shizuoka, Japan merupakan seorang jurutera industri ringan Jepun. Sejak di zaman kanakkanak lagi, Honda yang tidak pernah mendapat pendidikan secara formal sepanjang hidupnya menghabiskan masa bagi membantu bapa beliau, Gihei, dalam perniagaan membaiki basikal.
Pada usia 15 tahun, Honda berhijrah ke Tokyo dengan mula bekerja di garaj sebelum diberi tanggungjawab lebih besar sebagai mekanik kenderaan selama enam tahun, selepas itu pulang semula ke kampung dan memulakan perniagaan membaiki kenderaan sendiri.
Hampir 10 tahun selepas itu, Honda mula mengeluarkan alat ganti untuk enjin kecil yang menjurus kepada pengilangan enjin berkuasa rendah untuk motosikal.
Bintang Honda mula menyinar pada tahun 1948 apabila mendiang menjadi Presiden Honda Motor Company dan mengeluarkan motosikal lengkap.
Pesaing Honda, walaupun dalam segmen pasaran yang berbeza iaitu Harley Davidson pula diasaskan oleh dua sahabat, William S. Harley dan Arthur Davidson seawal usia 20-an menerusi pelan pembangunan enjin berasaskan motor dan basikal.
Pada mulanya usaha penghasilan enjin motosikal oleh dua sahabat itu mengalami kegagalan kerana enjin ciptaan mereka tidak berupaya mendaki bukit di Milwaukee tanpa bantuan pengayuh.
Tidak berputus-asa, mereka membangunkan enjin generasi kedua yang lebih baik dengan 24.74 kubik inci atau 405 cc dan menjadi pencetus enjin berkuasa tinggi berjenama Harley Davidson yang terkenal serata dunia.
Jenama kereta mewah Mercedes pula asalnya dari nama anak gadis pengedar kenderaan dan penggemar sukan lumba, Emil Jellinek yang mempunyai anak perempuan bernama Mércédès Jellinek.
Walau bagaimanapun, sejarah menunjukkan Mercedes berasal dari jenama Daimler Motoren Gesellschaft (DMG) yang mula dibangunkan pada tahun 1900, selepas kematian salah seorang pengasasnya, Gottlieb Daimler.
Ketika itu, Jellinek mengadakan usaha sama dengan DMG untuk mendapatkan siri kereta lumba yang menggunakan enjin sempena nama anak perempuannya.
Jellinek berjaya dalam banyak perlumbaan sehingga berjaya menarik minat ramai peminat automotif pada masa itu sehingga beliau dilantik sebagai ahli lembaga pengarah DMG.
BMW atau Bayerische Motoren Werke (Bavarian Motor Works) pula diasaskan oleh Karl Friedrich Rapp pada tahun 1916.
Ramai percaya logo BMW adalah ilustrasi kipas yang berpusing dengan berlatar belakangkan kebiruan langit, mungkin sebenarnya ia adalah warna bendera bandar Bavaria.
Sumber: Mingguan Malaysia
以上です

Labels: Automotive, Business and Corporate, Malay
0 Comments:
Post a Comment
<< Home