Thursday, June 05, 2008

Minyak, Petrol, Gasolin...

Harga petrol sudah naik di Malaysia sebanyak 40% daripada RM1.92 kepada RM2.70. Ya sana sini di mana-mana sahaja orang berbicara tentang hal ini.

Sana minyak sini minyak. Minyak sudah naik. It has already taken effect. When? Today ! When was it publicly announced? Last night!!! Apa mau bikin. Harga barang-barang lain juga pasti akan naik. Bank Negara Malaysia menyasarkan peningkatan inflasi pada tahun ini akan mencecah sehingga 5%. Hai kalau begini, simpan duit dalam Fixed Deposit pon tarak untung wooo.

Minyak sana sini. Dalam masa terdekat ini bersedialah untuk kesan domino yang akan melanda. Setelah Malaysia dilanda Tsunami Politik, kini negara dijangka akan ditimpa kesan peningkatan harga minyak yang secara langsung mempengaruhi kenaikan mendadak harga barang dan utiliti secara besar-besaran.

Fenomena peningkatan harga bahan bakar ini di seluruh dunia memang tidak dapat dinafikan. Kesan global. Tetapi yang menjadi persoalannya adakah peningkatan sebanyak 40% secara mendadak dan tiba-tiba itu wajar sedangkan sebelum pengumuman dibuat oleh kerajaan, rakyat sudah dibebankan dengan peningkatan harga barang-barang keperluan lain dan makanan seperti beras, gandum, produk tenusu dan sebagainya. Itu sebelum kenaikan harga minyak. Bagaimana pula kesan selepasnya!!

Agak menghairankan. India bukanlah negara pengeksport minyak. Tetapi India hanya mengenakan kenaikan sebanyak 10%. Jepun pula menaikkan harga minyaknya baru-baru ini daripada ¥152 kepada lebih kurang ¥185. Kalau ditakrifkan mengikut taraf hidup di Malaysia, ianya sama seperti peningkatan daripada hanya RM1.52 kepada RM1.85. Tidak cukup dengan itu, kerajaan Jepun juga mengambil tanggungjawab melapor dan membentang di Parlimen justifikasinya mengapa peningkatan sebanyak lebih kurang ¥30~40 itu perlu dan tidak dapat dielakkan. Telus!!

Kerajaan Malaysia juga telah mengumumkan bahawa mulai 5hb Jun, polisi penetapan harga minyak akan berubah dimana ia akan di sandarkan dan ditentukan mengikut harga pasaran antarabangsa. Begitu juga dengan struktur subsidi juga telah bertukar. Cuma yang menjadi kemushkilan saya sekarang ialah, sekiranya harga minyak pasaran dunia menurun, adakah kerajaan Malaysia akan mengambil tindakan yang sama untuk menurunkan harga minyak di pasaran Malaysia?!

以上です。

Labels: , , ,

0 Comments:

Post a Comment

<< Home