Sunday, October 15, 2006

Pesan Rasulullah: Keras kepala, tak suka belanja harta untuk kebaikan, ahli neraka

RASULULLAH SAW bersabda bermaksud: “Bukankah aku sudah memberitahu kamu mengenai ahli-ahli neraka? Mereka itu ialah orang yang keras kepala, sombong, suka mengumpul harta tetapi tidak suka membelanjakannya untuk kebaikan.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Keras kepala (degil) adalah sifat orang yang tidak mahu menerima sesuatu kebenaran. Begitu juga orang yang tamak pada harta benda dan tidak suka membelanjakan harta untuk kebaikan kerana sombong dan angkuh dengan kekayaan yang dimiliki, mereka ini tergolong sebagai ahli neraka.

Harta adalah amanah Allah kepada manusia. Oleh itu, ia hendaklah dibelanjakan untuk diri, keluarga dan orang di dalam tanggungan serta memberi bantuan kepada orang yang memerlukannya dengan cara yang diredai Allah.


Aduuhh..Insaf insaf...uhukuhuk..

以上です。

Labels: , ,

0 Comments:

Post a Comment

<< Home