Sunday, October 08, 2006

He`s the man.

He`s brilliant and intelligent...he`s not only rich but must be very very rich...He has the look...He has the style...Yet he is very humble, amicable and approachable. When he talks to his people, he uses " saya", "awak" and "saudara" kind of language. Not imperially but ordinary. Who is he? To me, he`is the man of our pride. But not an ordinary man yet he is a KING. Raja Dr Nazrin Shah is the HE.

Raja Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbudin Shah is a prince charming of state of Perak Darul Ridzuan. It is well versed that he who turns 50 on Nov 27 and is still holding a card as an eligible bachelor in the country somehow different from other typical princes as what i could see.

Raja Dr Nazrin Shah shows his interest in sports as well play hockey, golf, badminton, tennis and chess. It is learnt that he also holds a couple of high post in sport associations such as Malaysia Hockey Federation (MHF),Perak HA and Perak FA president.

He has a degree in philosophy, politics and economics from Oxford and a doctorate in political economy and government from Harvard. This makes him a royal high-flier as he is the first prince to obtain a doctoral degree from the ivy league Harvard University.

For the record, between 1979 and 1982, he held his first post as a management executive in Petronas' corporate management department in Kuala Lumpur. The following year, he became the management and works officer at the chairman and chief executive's office.

Hereby i depicted from another sources some of Raja Dr Nazrin Shah sayings.

"Everybody makes mistakes, as long as you are human, you make mistakes. As long as it is constructive criticism, particularly if they are recommendations on how to improve things. That is fine."

"I would like to think we should take criticism in a proper perspective, that is to improve things. But of course there is criticism that is very personal and vindictive – that I have no time for."

Besides this, i attached hereunder an article which i depicted from courtesy of Berita Harian dated 8th October 2006. This article is the cause that steer me to know Raja Nazrin more and write something about him in the first place.








Raja Dr Nazrin minat kasut buatan Pak Rashid
Oleh Rasheffa Abdul Rashid


KUALA KANGSAR: “Kasut yang awak pakai itu buat sendiri ye? Cantik dan cukup menarik...boleh buatkan saya sepasang?”, begitulah permintaan Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah yang berkenan menerima menghadap Salleh Talib – bekas banduan yang menjalani hukuman penjara paling lama di negara ini.

Raja Dr Nazrin menerima menghadap Salleh yang berbaju Melayu merah berserta samping, berkopiah putih dan memakai sepasang kasut yang dibuatnya khusus untuk majlis itu kira-kira jam 5.10 petang di Istana Iskandariah di sini, semalam.

Baginda meluangkan lebih 10 minit berbual mesra dan bertanyakan rancangan masa depan bekas banduan itu yang dibebaskan selepas 30 tahun menjalani hukuman penjara sepanjang hayat di Penjara Taiping, Selasa lalu, sebelum menjemputnya berbuka puasa bersama di Dewan Santapan di istana berkenaan.

Salleh dibebaskan selepas mendapat pengampunan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah turut diberi penganugerahan dan sumbangan peribadi bagi membolehkannya memulakannya hidup baru.

Ketika berbual dengannya, baginda mencadangkan Salleh mula berniaga secara kecil-kecilan dan berjumpa persatuan belia negeri mendapatkan garis panduan memulakan perniagaan.

Baginda mencadangkan perkara itu apabila tertarik dengan kasut yang dipakai Salleh yang dibuat sendiri hasil latihan di penjara dan berhasrat membuka perniagaan membuat kasut kulit.

Salleh memberitahu baginda, kasut hitamnya itu dibuat khusus untuk menghadap baginda dan mengambil masa empat jam menyiapkannya.

"Mungkin awak boleh bermula dengan membuat kasut untuk pembesar-pembesar di Perak dan selepas itu sudah boleh menempa nama," titah baginda yang bercakap menggunakan loghat Perak.

Baginda juga memintanya bekerjasama dengan Majlis Agama Islam negeri dan menganjurkan program motivasi berkongsi pengalamannya selama 30 tahun di penjara dan bagaimana beliau mencapai keinsafannya khususnya untuk pengajaran generasi muda.

"Semua pengalaman awak harus menjadi pengajaran kepada orang lain dan awak boleh mengadakan aktiviti memberi motivasi bagi menjauhi jenayah kepada masyarakat hari ini," katanya.

Raja Dr Nazrin juga sempat bergurau senda bertanyakan rancangan Salleh untuk mendirikan rumah tangga serta memintanya menziarahi kawasan persekitarannya yang sudah banyak membangun dan maju dalam tempoh beliau dipenjarakan.

"Alhamdulillah awak dapat pengampunan Sultan Kedah dan keluar (dari penjara) dan saya gembira awak keluar sebelum Aidilfitri dan juga sempat berpuasa dulu bersama keluarga," katanya.

Sementara itu, Tajol Rosli berkata, pihaknya akan berusaha membantu Salleh supaya dapat membuka perniagaan membuat kasut.




Ijyoudesu.

Labels: ,

2 Comments:

Blogger free diVer said...

hi there

if u ever wanna see more pics and speeches on tuanku raja nazrin just visit http://rajanazrinshah.proboards52.com

10:53 am  
Blogger Anuar Fariz Shuaid said...

hi you,

Thanks for the acknowledgement...i really appreciate that.

12:51 am  

Post a Comment

<< Home