Friday, February 16, 2007

The richest, 'richester', and 'richestest' people in Malaysia

Robert Kuok kekal individu terkaya M'sia
16-02-2007 06:11:43 PM
KUALA LUMPUR: Raja gula Robert Kuok Hock Nien mengungguli senarai seramai 40 individu terkaya di Malaysia yang dikeluarkan oleh Malaysian Business, dengan menewaskan pesaing terdekat, T. Ananda Krishnan.

Majalah itu dalam keluaran 16 Feb meletakkan kekayaan Kuok pada RM32.4 bilion.
Robert Kuok..The bloody richest man in Malaysia..and among the very richest in Asia and the world. He owns Kuok group..a conglomerate which its business empire covers plantation; sugar, palm oil, rice, property development, trading, investment, media, technology, energy, logistics, tranportation, chain of Shangri-La hotel, and many more. He has firm business ground at Hong Kong, mainland China, South east Asia, Australia and Oceania...semua ladang gula terbesar di Malaysia dia punya..but his milestone might probably start from Ladang Gula/Tebu Chuping Perlis..Rasa Sayang Resort kat Batu Feringghi Penang tu pon dia punya la..Beberapa bangunan2 dan hartanah2 mewah sekitar KL, Hong Kong dan China pon dia yg punya..bukan ana yg punya..Hey i don't ask much..Just give me 1% of you fortune will ya..for god sake..

Taikun berasal dari Hong Kong itu menambah kekayaan sebanyak RM10.86 bilion atau 50.43 peratus lagi kepada jumlah keseluruhan kekayaannya tahun ini, disebabkan oleh prestasi kukuh saham kumpulan syarikat yang tersenarai miliknya.

Kekayaan Ananda meningkat sebanyak kira-kira 80 peratus kepada bernilai RM19.7 bilion manakala di tempat ketiga ialah pengasas Kumpulan Hong Leong Tan Sri Quek Leng Chan dengan kekayaan bernilai RM10.3 bilion tahun ini.
T. Ananda Krishnan..2nd richest. Inilah tauke ASTRO, Maxis, Tanjong Golden Village (TGV..alaah wayang yg korang selalu layan kat KLCC tu), Tanjung Group..a company which actively involve in gambling, lumba kuda, having controlling stake in MEASAT and Co-chairman of KLCC. In fact the ground where KLCC is standing now was his..Damn this man is bloody rich too. Hey..for you i ain't asking much..0.5% of your fortune would be nice..but it's nicer if you could give more hehe..

Quek Leng Chan..big boss of Hong Leong Group..Hong Leong Bank tu dia punya la..

Seramai 10 individu terkaya yang lain dalam senarai termasuklah pengasas Kumpulan Genting Tan Sri Lim Goh Tong; Pengerusi Public Bank Tan Sri Teh Hong Piow; pengerusi eksekutif IOI Corporation Tan Sri Lee Shin Cheng; pengerusi Yayasan Albukhary Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary; presiden, pengerusi dan ketua pegawai eksekutif Kumpulan Genting Tan Sri Lim Kok Thay; dan pengasas dan pengerusi Kumpulan Rimbunan Hijau Tan Sri Tiong Hiew King.
Syed Mokhtar Al-Bukhary..the only muslim that could make in top 10 list at No.7..He's the big boss of Malaysia Mining Corp (MMC), a company which actively involves in infrastructure development and secures several behemoth projects awarded by goverment. MMC is also his main investment tool where makes him holding majority shares and significant stakes in companies such as DRB-Hicom, Bank Muamalat, Port of Tanjung Pelepas, Senai Airport, Road Builder, IJM, Malakoff & MRCB (2 companies which are the big players in energy provider..provide janakuasa elektrik to TNB), Utusan Melayu Group (Company which publish Utusan Malaysia etc), Bernas and just recently joint venture with Bin Laden Group (Ini Osama Bin Laden pon ade syer but actually bapa dia yg founded the company..now become business empire of Bin Laden family) to develop new city in Dubai with contract claim to be amounted RM 50 billion..Kebanyakkan projek2 big-scale and high profile such as Landasan Berkembar Rapid Railway dr Rawang to Ipoh, Underground Highway cum Terowong Banjir SMART yg siap baru2 ni..lingkaran railway sekitar KL for monorail, LRT, KLIA Express etc, are developed by his companies..hmm i think at the moment that's all i could recall so far..perhaps there's some more..Hey take me as your apprentice if you don't mind..

Ketua YTL Corp Tan Sri Yeoh Tiong Lay menduduki di tangga ke-10 selepas tiada dalam senarai selama setahun.

Di kalangan individu yang menonjol yang tersenarai ialah Lee Yeow Seng, 28, dari Kumpulan IOI di mana beliau merupakan taikun paling muda dalam senarai.

Selain itu, Datuk Mokhzani Mahathir tersenarai buat pertama kalinya selepas kejayaan menyenaraikan syarikat utama miliknya, Kencana Petroleum Bhd ke Papan Utama Bursa Malaysia pada Disember 2006.

Muka baru yang lain ialah Datuk Lee Soon Hian dari Batu Kawan Bhd dan Tunku Datuk Ya'acob Tunku Abdullah dari MAA Holdings Bhd yang kembali selepas setahun tiada dalam senarai.

Keseluruhannya, majoriti dari taikun menyaksikan kekayaan mereka di atas kertas bertambah pada 2007 disebabkan lantunan pasaran saham dan peningkatan harga hartanah dan komoditi, kata Malaysian Business di dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Ia berkata jumlah kekayaan terkumpul oleh 40 individu paling kaya menokok sebanyak 65 peratus kepada RM116.86 bilion pada 2007 daripada RM70.43 bilion tahun lalu.

Malaysian Business berkata kekayaan dimiliki 40 individu paling kaya dalam senarai dinilaikan berdasarkan nilai saham syarikat tersenarai yang dimiliki pada 19 Jan, 2007. BERNAMA from Okaba, Kobe..

以上です。

Labels: , , ,

1 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Bro!
Eppy belated besday...
sorry lambat wish....time tu aku tgh holiday kat KK......

Wish U Best Of Luck
-Sis Ema-

9:54 pm  

Post a Comment

<< Home