Sunday, June 29, 2008

Gaji seorang CEO automotif

Utusan Malaysia

Pastinya ramai yang mungkin terkejut dengan laporan mengenai cadangan menaikkan gaji pegawai tinggi syarikat milik kerajaan (GLC) sehingga 100 peratus di sebalik kenaikan kos perniagaan pada masa ini.

Lebih mengejutkan apabila mengetahui gaji Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) firma-firma berkenaan semenangnya sudah besar sehingga mencecah ratusan ribu dalam masa sebulan dan ada yang hampir RM10 juta setahun.

Namun, itu adalah pandangan orang biasa yang kebanyakan tergolong dalam golongan rakyat berpendapatan rendah dan sederhana tetapi di kalangan warga dunia korporat, angka-angka besar gaji CEO adalah normal terutama dalam sektor automotif.

Jika dilihat gaji Presiden dan CEO Ford Motor Company dari Amerika Syarikat (AS), Alan Mulally, beliau dikatakan menerima AS$2 juta atau RM6.5 juta setahun dan jumlah itu tidak termasuk ganjaran lain seperti bonus dan pampasan lain yang semuanya bernilai AS$21.6 juta atau RM70.5 juta.

Pada masa yang sama, Mulally juga menerima imbuhan tambahan bernilai AS$1.4 juta atau RM4.6 juta melibatkan kad telefon, telefon bimbit, kereta dan pemandu serta tiket kelas satu untuk menyaksikan acara sukan berprestij.

Selain Mulally, Naib Presiden Eksekutif yang juga Ketua Pegawai Kewangan (CFO) Ford, Don Leclair pula mendapat gaji sebanyak AS$1,005,633 atau RM3,283,689 dan bonus insentif bernilai AS$3 juta (RM9.8 juta).

Ford yang beribu pejabat di Dearborn, Michigan adalah sebahagian daripada Detroit, pembuat kenderaan yang diasaskan oleh Henry Ford pada 16 Jun 1903.

Pada tahun lalu, pendapatan Ford meningkat kepada AS$173.9 bilion atau RM567.7 bilion menerusi pengeluaran sebanyak 6.553 juta kenderaan oleh 245,000 pekerja di 100 kilang dan fasiliti di seluruh dunia.

Sementara itu, CEO Porshe, Wendelin Wiedeking mendapat gaji sekurang-kurangnya empat kali ganda melebihi ganjaran yang diterima oleh pelumba sukan lasak dan berbahaya iaitu F1 dunia, Ralf Schumacher ketika beliau bersama pasukan Toyota.

Sebagai CEO kepada firma automotif ternama Jerman yang diasaskan oleh seorang jurutera kelahiran Republik Czech, Ferdinand Porsche itu, Wiedeking dikatakan menerima gaji sebanyak antara AS$89 juta (RM291 juta) hingga AS$103 juta (RM336 juta) setahun.

DaimlerChrysler AG dari Jerman mengumumkan CEOnya pada tahun 2006, Dr. Dieter Zetsche mendapat gaji pokok sebanyak EUR1.5 juta atau RM7.6 juta setelah didesak oleh pemegang saham gergasi automotif yang mengeluarkan kereta dan trak berjenama Mercedes-Benz, Maybach, Smart dan Freightliner.

Menurut syarat kontrak perkhidmatan Zetsche dua tahun lalu itu, beliau juga berhak untuk mendapat kenaikan gaji tahunan sekitar 150 peratus jika berjaya mencapai sasaran keputusan kewangan tahun yang sama.

Bagi Ketua Eksekutif General Motors Corp., Rick Wagoner, beliau tentunya lega apabila menikmati kenaikan gaji 64 peratus kepada AS$15.7 juta atau RM51.3 juta walaupun terpaksa menutup empat kilang membuat trak dan kenderaan utiliti sport (SUV) ekoran permintaan yang menurun.

Syarikat pengeluar kenderaan santai dan aktiviti luaran ringan AS, Winnebago turut membayar gaji yang besar kepada bekas CEOnya, Bruce Hertzke yang telah bekerja membangunkan perniagaan firma itu selama 36 tahun.

Hertzke dikatakan menerima AS$1.7 juta atau RM5.6 juta pada tahun lalu yang melibatkan gaji pokok sebanyak AS$535,246 setahun dan hampir AS$617,000 setahun dalam bentuk imbuhan pelan insentif bukan ekuiti.

Beliau juga menerima AS$43,800 setahun dalam bentuk pampasan lain, antaranya saham syarikat dan kenderaan milik firma yang mengeluarkan kenderaan rekreasi berjenama Winnebago, Itasca dan ERA itu.

ganjaran

Justeru, Khazanah Nasional Bhd. membuat keputusan tepat apabila dikatakan membayar gaji tahunan lebih RM1 juta kepada Pengarah Urusan Proton Holdings Bhd., Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohd Tahir jika dibandingkan dengan CEO-CEO firma industri yang sama.

Walaupun Proton belum sekukuh gergasi-gergasi seperti Ford, DaimlerChrysler AG dan General Motors Corp. yang memasarkan kenderaan keluarannya ke serata dunia, CEO Proton patut diberikan ganjaran setimpal terutama selepas memulihkan kedudukan kewangan syarikat pembuat kereta nasional itu.

Pemberian ganjaran setimpal penting kerana dunia kini berhadapan dengan suasana persaingan sengit terutama automotif yang menyaksikan banyak negara kini mempromosi aktiviti eksport setelah pasaran tempatan kian kecil kerana persaingan.

以上です。

Labels: , , ,

Thursday, June 05, 2008

Minyak, Petrol, Gasolin...

Harga petrol sudah naik di Malaysia sebanyak 40% daripada RM1.92 kepada RM2.70. Ya sana sini di mana-mana sahaja orang berbicara tentang hal ini.

Sana minyak sini minyak. Minyak sudah naik. It has already taken effect. When? Today ! When was it publicly announced? Last night!!! Apa mau bikin. Harga barang-barang lain juga pasti akan naik. Bank Negara Malaysia menyasarkan peningkatan inflasi pada tahun ini akan mencecah sehingga 5%. Hai kalau begini, simpan duit dalam Fixed Deposit pon tarak untung wooo.

Minyak sana sini. Dalam masa terdekat ini bersedialah untuk kesan domino yang akan melanda. Setelah Malaysia dilanda Tsunami Politik, kini negara dijangka akan ditimpa kesan peningkatan harga minyak yang secara langsung mempengaruhi kenaikan mendadak harga barang dan utiliti secara besar-besaran.

Fenomena peningkatan harga bahan bakar ini di seluruh dunia memang tidak dapat dinafikan. Kesan global. Tetapi yang menjadi persoalannya adakah peningkatan sebanyak 40% secara mendadak dan tiba-tiba itu wajar sedangkan sebelum pengumuman dibuat oleh kerajaan, rakyat sudah dibebankan dengan peningkatan harga barang-barang keperluan lain dan makanan seperti beras, gandum, produk tenusu dan sebagainya. Itu sebelum kenaikan harga minyak. Bagaimana pula kesan selepasnya!!

Agak menghairankan. India bukanlah negara pengeksport minyak. Tetapi India hanya mengenakan kenaikan sebanyak 10%. Jepun pula menaikkan harga minyaknya baru-baru ini daripada ¥152 kepada lebih kurang ¥185. Kalau ditakrifkan mengikut taraf hidup di Malaysia, ianya sama seperti peningkatan daripada hanya RM1.52 kepada RM1.85. Tidak cukup dengan itu, kerajaan Jepun juga mengambil tanggungjawab melapor dan membentang di Parlimen justifikasinya mengapa peningkatan sebanyak lebih kurang ¥30~40 itu perlu dan tidak dapat dielakkan. Telus!!

Kerajaan Malaysia juga telah mengumumkan bahawa mulai 5hb Jun, polisi penetapan harga minyak akan berubah dimana ia akan di sandarkan dan ditentukan mengikut harga pasaran antarabangsa. Begitu juga dengan struktur subsidi juga telah bertukar. Cuma yang menjadi kemushkilan saya sekarang ialah, sekiranya harga minyak pasaran dunia menurun, adakah kerajaan Malaysia akan mengambil tindakan yang sama untuk menurunkan harga minyak di pasaran Malaysia?!

以上です。

Labels: , , ,